Pagi di perlis
Smlm dpt arahan mengejut kena gi siam err perlis. Pagi2 aku dah tercongok kat alor setar airport. Ni first time aku jejak kaki ler. Terus sewa ketar boleh ler panjang langkah ha ha.
Pagi ni nak gerak gi tempat yg patut dikerjakan hu hu. Harap2 boleh selesai harini kalau tak mau beraya kat sini warghhhh.

Hantu Internet
Sebab saka caluk part 6 x siap2 lagi so korang layan citer hantu internet ni kat youtube yer, sila pilih apa kesudahan citer korang ha ha
Bagaimana hendak bekerja untuk orang kurang bijak
Tahun baru, musim baru perlu ke berazam baru atau azam lama dibarukan, err apa kaitan lak dgn tajuk kat atas kan ha ha.
Tahun ni aku nak start balik baca2 buku, try cari masa dan cari balik buku2 yg aku beli (ade masih belum bukak balut lagi). Untuk permulaan aku nak start baca buku ni

Semoga aku tak tergolong dlm golongan bijak pandai, sebab org kurang pandai aje mengaku dia terlebih pandai kih2.
Oh yer lagi satu sebelum aku terlupa, kalau sapa2 yg nak meniaga dan mencari tapak meniaga boleh lawat kat http://70network.blogspot.com
merapu: stress betul kalau nak upgrade blog ni, mesti lepas upgrade ade aje problem hampeh.
Society Jalan ii
Lupalak smlm nak posting, kalau nak beli album ni boleh pergi lawat blog Bro Meor kat sini :
http://www.pestajiwa.net/pembelian-album-secara-pos-drur/
ni salah satu lagu dlm album ni, jumpa dlm youtube
Society Jalan – Meor Yusof/Daiyan Trisha
Terlalu sibuk dgn kerja-kerja yg tertunggak, sampai x sempat nak mengupdatekan citer dlm blog ni. 3 minggu bercuti sakit buatkan kerja2 aku tertunggak (err mcm byk kerja ha ha). Akhir thn dan awal thn adalah masa2 utk org2 menjadi hipokrit sebab bos2 akan menilaikan prestasi kerja thn lepas, time ni lah boleh tgk semua org de kat opis kat meja masing2, ckp dgn bos punya berhemah ha ha.
Aku harap bos2 yg membuat penilaian prestasi anak2 buah korang berlaku adil, bukak mata skit tgk dgn mata hati. Mana staff2 yg berlakon mana yg betul2 buat kerja. K dah habis luahkan apa yg berbuku dlm hati, nak citer sikit pasal Album baru Bro Meor Society Jalan. Album dah lama keluar aku aje lambat beli. So tadi sempat lepak2 dgn Bro Meor minum2 jap sambil sambar CD ni. Not bad ade Daiyan Trisha nyanyi. Album ni ade 10 lagu aje , bawah ni lagu2 dia :
1. Jalan
2. Emas Bertatah Permata
3. Berhijrahlah
4. Cinta Sekeras Logam
5. Di alam Nyata
6. Berani Bercinta
7. Gerimis Malam
8. Bencana
9. Demi Sebuah Perjalanan
10. Sutera Bidadari.
Skrg tgn melayan lagu Berani Bercinta vokal by Daiyan Trisha, ni ade skit lirik lagu ni
…Bawah bulan bawah awan,
Kita bersumpah setia,
Merah jambu cinta kita,
Dunia bagai di jambangan,
Warna warni kehidupan
Pelangi petang ini,
Jalurnya Merah Jambu
Semuanya..
Selamat tinggal 2011, selamat muncul 2012
2011 dah tinggalkan kita, semoga 2012 lagi baik dari 2011.
Kisah Benar – Batu yg menghantui aku
Seminggu aku tersadai kat spital sebab doktor cakap ade batu karang kat area buah pinggang, kecik aje tapi buat aku bertapa dan bermesra seminggu lebih dgn nurse. Skrg ni masih cuti sakit dah bosan makan tido bdn pun dah naik ni hu hu, so aku nak citer skit pengalaman hari pertama aku sakit buah pinggang.
————————————————————————————————————-
Jam kat henpon aku menunjukkan jam 1 pagi, sakit yg aku alami ni makin serius, aritu tanya doktor dia cakap sakit gastrik serang belakang aku, tapi kali ni sakit dia buat aku susah nak bergerak, bernafas, rasa macam ade benda menyucuk tajam kat area buah pinggang. Berdiri sakit, duduk sakit, baring sakit, aku hanya berjalan2 perlahan nak melarikan rasa sakit, segala jenis peluh dah keluar kat dahi aku menahan sakit. Sementara menunggu org tersyg bersiap nak hantar aku ke spital aku dah keluar sampai ke pagar rumah jalan perlahan-lahan, buatkan aku lupa skit pasal sakit. 3 minit kemudian aku dah sampai spital (spital depan rumah aje ha ha) terus kena halau masuk emergency, mcm biasalah mesti kena check darah, sukat darah dgn kena interview sakit apa. Lepas tunggu result dlm 10 minit doktor suspek aku batu karang, nak confirmkan kena amik air kencing tapi aku tak leh kencing, awal2 aku dah kosongkan pundi kencing aku he he. Sementara tunggu aku kencing dgn siap2kan wad tuk aku, aku kena tahan sakit nurse gi masukkan binatang jarum kat tangan aku lak, dah double sakit ceh. Lepas tu dapat ubat tahan sakit, kurang sikit ajelah masih lagi baring guling2 tahan sakit. Sebab sakit sangat terus rasa nak kencing ha ha, dpt sample air kencing confirmed ade batu kena tahan terus. Masa tu baru lah nurse tu kasi ubat tahan sakit yg kuat, lepas kena cucuk aku nampak semua berputar2 aje sementara kena tolak masuk wad semua benda aku nampak macam gasing, sampai wad kena cucuk lagi terus aku tak sedar apa2.
Aku terjaga masih mamai lagi tgk jam kat dinding wad pukul 5 lebih dah, sakit dtg balik tekan butang nurse datang kasi cucuk lagi,aku tak tahulah berapa banyak dah bontot aku kena selak dek nurse tu heu2. Lepas kena cucuk pandangan aku makin kelam, tetiba aku terdengar suara.
“Rileklah caluk baru sikit dah kecoh” suara mcm mengejek, tercari2 gak nurse manalak cakap camtu, tapi suara nurse tak segarau macam ni.
“Aku kat sinilah caluk” suara tu macam tahulak aku mencari2 dia. Aku mengikut suara tu nampak satu lembaga hodoh kat belah kiri aku, berlekuk-lekuk tapi berkilat-kilat lut sinar macam kristal. Aku gosok2 gak mata ialah tadi kan baru kena cucuk mata tak boleh bukak besar-besar lagi.
“sapa kau ni, mcm raksasa kat dlm citer otomen tu je” tanya aku
“Aku lah batu yg cucuk kau tadi ha ha” gelak sombong, nak aje aku baling dgn jug tepi katil tapi tangan aku dah bercucuk dgn air tak leh gerak-gerak sangat.
“Ceh, buat susah aku aje, apsallak kau boleh ade dlm perut aku ni, nak cakp aku makan batu hari2 takdelak” tanya aku
“HA HA, aku ade sebab nak balas dendam kat manusia” gelak sakan batu
“Balas dendam tak paham lah, ade orang pernah masuk dlm perut kau ke ?” soal aku
“Bukan kau, tapi nenek moyang kau ada hutang batu dgn nenek moyang aku, Ha ha” gelak sakan lagi
“Kau ni asyik gelak aje, cuba kau citer skit, apa kes nenek moyang aku ni” sambil betulkan baringan aku.
“Ceh, kau ni buta sejarahlah caluk, kau pernah dengar citer batu belah batu bertangkup tak ?”
“Ade gak dgr citer tu” sambil mengerut dahi cuba mengingat balik citer batu belah batu bertangkup masa cikgu sekolah rendah aku citer dulu.
“Citer pasal Tanjung yg merajuk dengan anak-anak dia melor dgn pekan, lepas tu batu belah telan dia” citer aku kat batu.
“Hah, pasal Tanjunglah aku nak balas dendam, kau tahu tak batu belah tu moyang kepada moyang aku punya moyang punya moyang banyak lah moyang aku dah lupa berapa banyak” tempiak si batu.
“So apa kes lak, dah moyang kau yg telan si Tanjung tu kau nak balas dendam kat aku? tanya aku dengan nada simpati.
“Sebab moyang aku telan Si Tanjunglah dia menderita sampai akhir hayat dia kau tahu, Mcm mana kau rasa sakit batu dalam perut kau, mcm tu lah moyang aku dulu rasa bila tanjung kat dlm perut dia. Meraung-raung moyang aku takde sapa peduli, semua larikan diri. Moyang aku nak pergi spital masa dulu mana ade, paling kuat pawang aje, tapi moyang aku tak suka benda-benda syirik tu. Bertahun moyang aku menderita, yang aku tak boleh blah tu, last2 anak2 Si Tanjung tu kasi letup moyang aku, bukan dia bawak pawang ke rawat moyang aku” citer panjang lebar aku dah hampir nak terlelap.
“Eleh yang moyang kau pelahap apahal, nampak aje awek nak telan, cuma yg mintak telan tu Pak Kantan , sure moyang kau tak telankan, lepas tu nak bising2lak” balas aku, sambil korek hidung nak hilangkan ngantuk.
“He he tu biasalah awek kena didahalukan baru macho, dah2 kau jangan nak kutuk2 moyang aku” marah batu.
“Apalak kutuk, dah moyang kau yg salah, suka suki telan orang, tulah bala ha ha” gelak aku
Aku tengok muka batu berubah jadi merah2, marah kot, lepas tu aku rasa pinggang aku mcm kena tikam, aku jerit kesakitan sambil menekan butang panggil nurse suruh dia halau batu tu dari gelak kuat2 kat aku.
“Encik sakit lagi ke, sekejap saya cucuk kan ubat lagi” dgn ramah nurse tu sapa dah terus selak seluar aku cucuk lagi kat bontot.
Belum sempat aku nak komplen kat nurse tu pasal batu tadi, aku dah tak sedar apa2.
Err aku dah ngantuk makan ubat ni, tu lah pengalaman first day sakit ha ha.
Malam yg sepi penuh kebosanan
Hari yg keenam terperap dan terkurung dlm bilik yg dikelilingi dgn ubat2, jarum kat tangan dan makanan yg kurang menyelerakan hu hu.
Mlm ni hujan turun sayu memandang bumbung rumah dibasahi hujan dekat tp x leh balik nanti pak guard kejar he he.
Mlm ni tetiba rasa nak makan mcd, burger king, baskin robbin paling cikai pun nak mkn sotong bakar kat morib tapi semua angan2 kosong selagi aku terkurung dlm bilik 301 ni warghhhh.
P/s:harap2 esok boleh balik dah sakit bontot asyik kena cucuk dgn painkiller hu hu. Dan terima kasih byk2 kat kawan2 yg sudi menceriakan aku susah payah dtg lawat aku yg jauh kat hujung bandar.
X leh lelap
Sedar2 dah pukul 1.54am, mata terjaga bila nurse dtg tukar air. Aku dah malas nak kira botol yg berapa dan berapa gelen dah air masuk, tangan aku pun dah sakit.
Sambung tido balik hu hu
Saka Caluk – Part Enam — Warghhhh
hu hu citer aku kena re-type balik, mungkin hantu Lina x suka aku tamat kan citer ni warghhh. Aku dah post mlm tadi semua citer dah hilang pelik,
Sabar yer aku tgh menaip balik citer ni hu hu
